Seabad Seorang Che Det: Siapa Dia Pada Aku?
Kredit gambar: SOSCILI Entri ini ditulis dengan nama 'Che Det', kerana aku mahu bercerita soal pengalaman personal terhadap sosoknya. 'Mahathir Mohamad' terlalu dikenal sebagai seorang perdana menteri, politikus dan tokoh dunia. Biarlah 'Che Det' menurunkan sedikit maqamnya, hanya sebagai seorang anak Melayu Kedah yang berjaya menjadi seorang doktor perubatan. 10 Julai lalu, Che Det atau Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun seabadnya. Semua orang meraikan dengan ucap tahniah dan mendoakan agar umurnya lebih panjang lagi. Ada juga yang mula membandingkan umurnya dengan beberapa peristiwa penting dalam peradaban manusia: Perang Dunia Pertama dan Kedua, penubuhan NASA bahkan restoran pertama KFC. Ini semua untuk menunjukkan betapa lamanya riwayat hidup seorang Che Det. Sepanjang ingatan, aku mengenali Mahathir Mohamad ketika di bangku sekolah rendah. Dengan belajar subjek Sejarah, memperkenalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Keempat (dan nanti 2018 menjadi Pe...