Posts

Showing posts from 2025

Seabad Seorang Che Det: Siapa Dia Pada Aku?

Image
Kredit gambar: SOSCILI Entri ini ditulis dengan nama 'Che Det', kerana aku mahu bercerita soal pengalaman personal terhadap sosoknya. 'Mahathir Mohamad' terlalu dikenal sebagai seorang perdana menteri, politikus dan tokoh dunia. Biarlah 'Che Det' menurunkan sedikit maqamnya, hanya sebagai seorang anak Melayu Kedah yang berjaya menjadi seorang doktor perubatan.  10 Julai lalu, Che Det atau Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun seabadnya. Semua orang meraikan dengan ucap tahniah dan mendoakan agar umurnya lebih panjang lagi. Ada juga yang mula membandingkan umurnya dengan beberapa peristiwa penting dalam peradaban manusia: Perang Dunia Pertama dan Kedua, penubuhan NASA bahkan restoran pertama KFC. Ini semua untuk menunjukkan betapa lamanya riwayat hidup seorang Che Det. Sepanjang ingatan, aku mengenali Mahathir Mohamad ketika di bangku sekolah rendah. Dengan belajar subjek Sejarah, memperkenalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Keempat (dan nanti 2018 menjadi Pe...

Surat Cinta Buat Intelektual Sabah Yang Digaji Rakyat

Image
Saya melihat Dr. Ramzah Dambul sebagai seorang intelektual Sabahan yang sangat faham dinamika dan isu-isu lokal di Sabah. Secara personal, saya menganggap Dr. Rem sebagai guru saya, walaupun tidak pernah berdepan dan berdiskusi sama. Saya mengenali Dr. Rem awal melalui guru-guru saya yang lain, yang dulunya mereka berada dalam kelompok Suara Mahasiswa, sewaktu masih menjadi pelajar universiti. Baru-baru ini Dr. Rem mengeluarkan tulisan di Facebook berkenaan isu air di Universiti Malaysia Sabah dan peranan mahasiswanya. Lenggok dan nada bahasanya sangat mengganggu, apabila Dr. Rem menulis nota terbuka itu seakan-akan menyebelahi satu pihak.   Nota terbuka ini dibalas oleh kawan saya, yang juga Koordinator Gempur Rasuah Sabah 2.0, Sdr. Fadhil Kassim. Fadhil menulis bahawa saluran diplomasi dan perbincangan adalah ‘saluran najis’ kerana hanya memenuhi formaliti tetapi aksi dan kesan yang menghampakan.  Hari ini, Dr. Rem menulis lagi sebagai susulan kepada entrinya sebelum ini. Dr...